JOM REBUT PAHALA JUMAAT
1,000 PENYUMBANG TETAP DIPERLUKAN BAGI MEMBANTU WAKAF MAAHAD AL-MUNIR
(Dana RM529 500 Diperlukan Segera Untuk Bantu Pembinaan Ruang Solat, Asrama Serta Pengurusan Bulanan)

Ma'ahad Al-Munir diasaskan oleh Ustaz Haji Mohamed Sukri bin Omar pada tahun 2008 di Sana’a, Republik Yemen.
Tujuan asalnya bermula sebagai sebuah asrama penempatan pelajar Malaysia
Akhirnya berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang mencetak generasi Al-Quran serta memacu ummah ke arah kegemilangan Islam.
Alhamdulillah!
Fokus utama Ma'ahad Al-Munir memberikan pendidikan PERCUMA pada asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim sebagai asas merakyatkan Pendidikan Islam untuk semua lapisan masyarakat tanpa dihalangi masalah kewangan dan lain-lain.
Sewaktu tahun 2008-2012 jumlah pelajar yang berada di Ma'ahad Al-Munir adalah seramai 15 org dan dua orang tenaga pentadbiran ma'ahad. Pelajar-pelajar Al-Munir semuanya berdaftar di Universiti, pusat tahfiz dan sekolah di Yaman.
Berikut maklumat tempat pengajian dan jumlah mereka :
Universiti Al-Iman: 7 Orang
Universiti Sains dan Teknologi: 4 Orang
Darul Quran: 3 Orang
Madrasah Nuraniah: 1 Orang

Bangunan Utama Maahad Al-Munir

Ruangan solat yang agak terhad dan bilangan pelajar yang semakin bertambah Selain itu, sumbangan ini akan digunakan bagi membiayai perkara berikut :
Gaji 9 Orang Guru dan kakitangan setiap bulan : RM 18,000
Makan Minum Sebulan : RM 7,000
Sewa Bangunan : RM3,500
Elektrik, Air & Utitliti : RM 1,000
**Anggaran Keseluruhan Perbelanjaan Bulanan : RM 29,500
Pihak kami juga sedang mengumpul dana untuk pembelian sebuah van.
Van ini akan digunakan bagi keperluan pertubuhan dan anak-anak ma'ahad. Anggaran kos yang akan digunakan bagi pembelian van adalah sebanyak RM103,000.

( Contoh Van yang ingin dibeli )
(Al-Munir Malaysia)
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.